Blogger Widgets

Translate

salam

salam

Ahad, 2 Februari 2014

Assalamualaikum pembuka bicara.. Pada minggu ini banyak yang saya ingin kongsikan
kepada anda semua tentang sesuatu perkara yang menarik tentang sebahagian negeri
yang ada dalam Malaysia.. Saya ingin meningkatkan minat anda semua untuk
menjadikan Malaysia ini negara kita sendiri sebagai kawasan pelancongan anda
sewaktu cuti persekolahan atau apa sahaja masa lapang menjelma..:)

NEGERI MELAKA

Melaka adalah satu negeri yang paling bersejarah di Malaysia. Oleh itu Melaka digelar         BANDAR BERSEJARAH. Banyak tempat yang menarik boleh kita kunjungi di 
sana seperti menara taming sari. 



>Kota A Famosa

Kota yang paling popular di negeri ini. Dibina oleh tentera potugis.


>St. Paul Church

Terletak di Bandar Hilir, Melaka. Dibina oleh Kapte Portugis bernama Duarte Coelho.
Dinamakan 'Our Lady of The Hill'.


NEGERI SELANGOR

>Kompleks Taman Seni Islam

Terletak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Di Kompleks Taman Seni Islam ini terdapat beberapa galeri di sini

yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia,
Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati,
Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan,
Penerapan Emas dan lain-lain lagi.




>Pasu Batik Felda Sungai Tengi

Sejenis alat perhiasan tradisional. untuk membuatnya sangat memerlukan 
kemahiran yang tinggi serta kesabaran kerana
memakan masa selama 3 hari untuk
menyiapkannya.



>Teratak Riverview Resort

Satu kawasan yang amat sesuai bagi penggemar
sukan atau aktiviti lasak. Terdapat banyak aktiviti lasak
 seperti Flying Fox, 
4 Wheel Drive Cross River dan Tubing Activity.


>Refreshing Spring Resort

Refreshing
Spring Resort yang terletak di Mukim Sungai Gumut, Kalumpang
Selangor.Refreshing Spring Resort dilihat sangat tenang dan nyaman dimana
terdapat dusun-dusun durian memenuhi ruang pelusuk di kawasan
resort tersebut. Yang menariknya, durian tersebut boleh dinikmati
oleh sesiapa sahaja yang menginap di situ.




>Genting Strawberry Leisure Farm

Strawberry Leisure Farm ni terletak betul-betul di sempadan
Selangor-Pahang. Buah yang cukup segar dan merah menyala sudah semestinya
mengiurkan pengunjung yang datang kesitu.



>I-City Shah Alam

Tempat yang sememangnya popular dikalangan
rakyat Malaysia.memang berbaloi kalau nak
pergi bawa satu keluarga.




NEGERI PERAK

>Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan
simpan terbesar di Semenanjung.Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau. Royal
Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia
boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.




>Hutan Paya Bakau Matang

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang
ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di
Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang
tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.



>Bukit Larut, Taiping

Bukit Larut atau nama lainnya Bukit Maxwell. Ia terletak kira-kira 12 km dari bandar
Taiping dan lebih kurang 1250 meter dari paras laut dan merupakan kawasan
peranginan PERTAMA dan tertua di Malaysia.



>Sungai Klah Hot Spring

Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs
menawarkan sesuatu yang cukup unik.Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di
kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup
menyenangkan.anda mesti selalu merebus telur mengunakan air panas kan ??
apa kata jom mencuba kelainan kita merebus telur mengunakan kolam air panas
semula jadi di Sungai klah ini , Tak Percaya ??



>Taman Herba Perak

Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di
sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman
pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.


>Gua Tempurung

Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena
bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan
dipercayai wujud sejak 8,000 SM.Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai
tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit
yang berbeza.Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur
dan marmar.



>Kellie Catsle

Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan
disebut sebagai tarikan utamanya. Walaupun telah berusia 107, istana lama yang
mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan
keatasnya.


>Zoo Taiping & Night Safari

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit
Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara
Semenanjung Malaysia.Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer
trek berjalan kaki.


>Ipoh- The Limestone Wonder

Ipoh adalah satu bandar yg sungguh unik kerana dikelilingi oleh gunung-gunung,
bukit-bukit Batu Kapur yg sungguh unik. pembentukan stalaktit dan stalagmit selama
berjuta-juta mampu membuat anda terpegun dengan keindahan ciptaan Allah yg
sunggu indah.Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Thong
Temple, Gua Temple , dan Gunung Helang malah Taman Tema Lost World ,juga
sangat menarik bagi ibu bapa yg mahu membawa anak-anak bermain air dan untuk
beristirehat.








>Lumut/Pulau Pangkor

terletak lebih kuran 85 kilometer ( km ) dari ipoh, Lumut cukup terkenal dengan
keindahan hasil kraftangan batu karang yg unik serta cantik untuk dilawati.
Ia juga sering dikunjungi oleh pelancong yg mahu ke Pulau Pangkor, yang hanya
mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri untuk
menyeberangi ke pulau tersebut.



>Kuala Kangsar Bandar Diraja

Jika melancong ke negeri perak jangan lupa singgah di Bandar Diraja Kuala Kangsar ,
ia nya wajib dikunjungi kerana mempunyai pelbagai tempat-tempat destinasi yg
menarik. Hanya mengambil masa pemanduan 30 minit dari Ipoh.
Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka
ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'
Tarikan utama ke Kuala Kangsar adalah makanan nya yg tersendiri, iaitu laksa kuala
kangsar yg semestinya terkenal di Medan Selera kuala kangsar dan popia basah di
stesen kereta api.Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskadariah dan galeri Sultan Azlan
Shah



alhamdulillah ini sahaja perkongsian saya..semoga bertemu lagi..salam pena..
:)














Tiada ulasan:

Catat Ulasan