Minggu 7
Assalamualaikum..
Pada minggu ni saya dpt kongsi kan tips2 menghadapi ujian..
kerana saya perlu menghadapi ujian dalam minggu ini..
Alhamdulillah bagi mereka yang mencari rentak untuk belajar dengan betul..dipersilakan membaca..
sebagai satu perkongsian InsyaAllah..:)
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saatsaat
akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini
kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama
peperiksaan.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji
bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum
atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya
merangkumi semua.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan.
Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu
kemahiran.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha
serta semangat dengan belajar secara berterusan.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal,
bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat
bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan
berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika
didapati jawapan anda terpesong atau salah.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia
menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu,
berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda
tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi.
Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja
untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
ini sahaja la tips2 yg dpt sy kongsi kan..semoga memberi manfaat kepada sesama kita:)
Syukran.. Alhamdulillah.. Assalamualaikum..:)