Blogger Widgets

Translate

salam

salam

Khamis, 13 Februari 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semog akita sama-sama berada 
dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa. Pada pagi yang hening ini ingin saya 
kongsikan beberapa perkara yang saya pelajari pada minggu ini. Saya harap 
dapat membantu serba sedikit sahabat-sahabat di luar sana. Sebelum memulakan 
perkongsian ilmu, saya ingin kemukakan soalan kepada anda semua "Berapa 
banyak dalam sehari 24 jam yang Allah peruntukkan untuk kita ini, kita berzikir
kepada Allah?". Renungan ini untuk diri saya sendiri terutama yang menulis ini.
Baiklah, mari kita lihat tajuk apa yang ingin  saya bincangkan. Pada minggu ini, 
saya ingin membuat perkongsian berkaitan HTML. Pernah dengar? Kat Mana ye?
Hah..persoalan..baiklah..saya akan terangkan satu persatu dengan apa yang 
telah dipelajari.

Apa itu HTML???
HTML (Hypertext Markup Language, terjemahan:

Bahasa Penanda Hiperteks) ialah bahasa penanda
utama untuk penghasilan laman web. HTML
menyediakan cara menghasilkan dokumen berstruktur
dengan menandakan semantik struktur teks seperti tajuk,
perenggan, senarai, pautan, petikan, dan lain-lain. HTML
membolehkan pembenaman imej dan objek, serta boleh
digunakan untuk menghasilkan borang interaktif.
Sesebuah laman HTML ditulis dalam bentuk unsur
HTML yang terdiri daripada "tag" yang diapit oleh
kurungan sudur dalam kandungan laman web, tetapi juga
boleh diisi atau memuat skrip-skrip dalam bahasa-bahasa
pengaturcaraan seperti JavaScript yang mempengaruhi
kelakuan pemproses HTML seperti pelayar web; dan
Cascading Style Sheets (CSS) bagi menentukan
penampilan dan susun atur teks dan bahan-bahan lain.
Pertubuhan W3C selaku penyelenggara piawaian HTML
dan CSS, menggalakkan penggunaan CSS daripada
mana-mana penanda persembahan yang lain.
HTML ialah skim pengekodan yang digunakan untuk

menghasilkan dan memformatkan sebuah dokumen web.
Sambungan fail bagi HTML adalah .htm atau .html.

Penanda HTML
Penanda HTML terdiri daripada beberapa komponen terpenting, termasuk unsur (dan atributnya), 
jenis data berasaskan aksara, dan rujukan aksara dan rujukan entiti. Satu lagi komponen penting ialah pengisytiharan jenis dokumen yang menetukan Takfrian Jenis Dokumen. Bagi HTML5, tiada perlunya menentukan Takrifan Jenis Dokumen, sebaliknya hanya menentukan bentuk susun aturnya.

Unsur
Dokumen HTML dihasilkan sepenuhnya daripada unsur. Secara amnya, sesebuah unsur terdiri daripada tiga komponen, iaitu tag, atribut dan kandungan sebenar. Tag ialah nama unsur yang dikurungi dalam kurungan sudut. Unsur ialah segalanya dari tag pembuka <element-name>,
hingga ke tag penutup pasangannya </elementname> yang berawalan tanda miring "/". Atribut-atribut unsur terkandung dalam tag pembuka dan kandungan sebenarnya terletak di antara kedua-dua tag.

Atribut
Kebanyakan atribut dalam sesebuah unsur berbentuk pasangan nama dan nilai yang dipisahkan dengan "=", dan ditulis dalam tag pembuka unsur, selepas nama unsur itu. Nilainya boleh dibubuh tanda-tanda petikan tunggal atau berganda, tetapi ada nilai-nilai yang mengandungi aksara-aksara tertentu yang boleh dibiarkan tanpa tanda petikan dalam HTML (tetapi bukan XHTML). Kiranya tidak selamat untuk membiarkan nilai atribut tanpa tanda petikan. Berbeza dengan atribut pasangan nama dan nilai, terdapat sebilangan atribut yang mempengaruhi unsurnya dengan sekadar berada dalam tag pembuka unsur (seperti atribut ismap untuk unsur img).

Contoh Antribut dalam kebanyakan unsur :
  • Atribut id memberikan pengecam unik seluruh dokumen untuk sesuatu unsur. Ini boleh digunakan oleh lembaran gaya untuk memberikan sifat-sifat persembahan, untuk ditumpukan perhatian oleh pelayar web kepada unsur tertentu itu, atau diubah kandungan atau persembahan sesutau unsur oleh skrip-skripnya. Apabila diletakkan pada URL laman, atribut ini memberikan pengecam unik sejagat untuk sesuatu unsur yang lazimnya berbentuk sub-bahagian laman itu. Contohnya, ID "Attributes" di http://en.wikipedia.org/wiki/HTML#Attributes
  • Atribut class memberikan cara mengelaskan unsur-unsur yang serupa. Ini boleh digunakan untuk tujuan semantik atau persembahan. Bagi tujuan semantik, misalnya, kelas-kelas digunakan dalam mikroformat. Bagi tujuan persembahan pula, contohnya, sesebuah dokuemn HTML boleh menggunakan peruntukan class="notation" untuk menandakan bahawa semua unsur yang ada nilai kelas ini adalah menurut teks utama dokumen. Unsur-unsur sebegini boleh dikumpulkan bersama lalu dipersembahkan sebagai nota kaki pada halaman dan bukannya berada di tempat masing-masing yang sepatutnya dalam sumber HTML.
  • Sifat-sifat persembahan kod-kod bukan atribut style boleh digunakan pada unsur yang tertentu. Kiranya lebih baik untuk menggunakan id sesuatu unsur atau atribut-atribut class untuk memilih unsur yang berlembaran gaya, namun adakalanya terlalu leceh bagi sometimes this can be too cumbersome for a simple ad hoc application of styled properties.

Jenis Data
HTML menentukan sebilangan jenis data untuk kandungan unsurnya, seperti data skrip dan data lembaran gaya, dan beraneka jenis untuk nilai atribut, termasuk ID, nama, URI, nombor, unit ukuran, bahasa, penerang media, warna, pengekodan aksara, tarikh dan waktu, dan sebagainya. Semua jenis data ini merupakan pengkhususan data aksara.

TAMAT SEKETIKA....

Sekadar itu sahaja perkongsian saya berkaitan HTML, semoga memberi serba sedikit 
pengetahuan InsyaAllah. Mengikut jadual yang diberikan, saya sekarang sudah 
menghampiri penghujung semester, maka dengan itu peperiksaan sedang menunggu saya.
Alangkah cepat masa berlalu. Oleh itu, saya ingin sekali lagi berkongsi tips
untuk belajar yang penting untuk saya InsyaAllah dan untuk anda semua juga.
 1.  Berdoa.
Selalu dan selalu. Mungkin ini hal yang paling sering dilupakan oleh sebagian besar para
pelajar. Padahal segala sesuatu yang akan kita lakukan harus kita awali dan kita akhiri
dengan berdoa. Dengan berdoa, kita akan berserah diri kepada Tuhan dan Tuhan akan
membantu kita supaya hasil belajar kita menjadi berkat ilmu.
2. Pilih tempat belajar Anda
Tempat belajar juga sangat mempengaruhi konsentrasi belajar Anda. Pilihlah tempat yang
nyaman tetapi tidak membuat Anda mengantuk dan tidak membuat Anda merasa boring
atau bosan. Seperti di teras rumah atau di lantai. Jika Anda mudah terganggu oleh suara dari
luar, cobalah untuk belajar di tempat yang sunyi tetapi tidak membuat Anda merasa
kesepian.
3. Muzik
Jika perlu, hidupkan juga lagu-lagu klasik atau lembut tetapi tidak membuat Anda bad mood.
Juga jangan juga mendengarkan musik rock karena itu akan mengganggu otak Anda
sehingga belajar menjadi tidak fokus.
4. Latihan soal
Belajar dengan membaca notanya terlebih dahulu, latihan soal, kemudian evaluasi
dengan melihat pembahasan di setiap soalnya adalah cara belajar yang terbaik.
Untuk itu, sangat diperlukan untuk membeli buku-buku dengan nota pelajaran dan
soal-soal yang berkualiti. Nota pelajaran yang berkualiti itu adalah nota yang
ringkas, mudah difahami, dan mengandungi konsep yang tersirat. Sedangkan soal-soal
yang berkualiti adalah soal yang aras tinggi, sesuai dengan nota pelajaran, dan
mengandungi pembahasan tentang cara menjawab soal tersebut.
5. Belajar kelompok
Belajar kelompok penting untuk mengurangkan penggunaan masa dan tenaga.
Kadangkala ia memberi impak yang maksima tetapi adakalanya tidak 
disebabkan perbualan yang terlalu banyak dan ahli yang terlalu ramai.
6. Pembimbing
Setiap apa yang kita buat atas dunia ini ada pembimbingnya.
begitu juga apabila kita hendak belajar. Belajar memerlukan fokus dan pantauan 
dari orang yang lebih arif dari kita. Justeru sediakan pembimbing anda
untuk dibuat rujukan.
7. Refreshing
Ini adalah teknik untuk mengngat semuala apa yang telah dipelajari.
JIka kita benar memahami konsep, pasti kita dapat ingat semula sedikit. Itu 
pentingnya tumpuan.
8. Selalu tutup dengan doa
Kita tahu sebanyak mana yang kita pelajari dan kita tahu kita dah 
rancang yang terbaik tapi kita harus sedar bahawa Allah sebaik-baik perancang.
Kita mohon pasti diperkenan InsyaAllah tapi USAHA kita
tidak boleh biasa2 tetapi luar biasa. Konklusinya, Doa 
tu penting, jangan pernah tinggal. 
9. Yakin
Keyakinan yang utuh supaya Allah mudahkan urusan, Allah
perkenankan doa tu Ppenting sebab kita 
ini hamba Allah. Wajib kita yakin akan kekuasaannya.
10. Doa ibu bapa
Doa dari penjaga iaitu IBU BAPA sangat penting. Doa ibu tidak
ada penghalang.Ibu sangat tinggi darjatnya. Jangan pernah sia-siakan mereka.
Pentingkan mereka kerana Redha Allah ada pada mereka. Ilmu belajar
banyak mana tapi x da berkat doa ibu tak berguna.
Maka dengan itu, tamatlah penulisan saya pada minggu ini. Jika
ada umur yang panjang dan diberkati, pasti akan bertemu lagi.
Semoga mendapat input, maaf jika ada kesalahan dalam maklumat.
Teguran yang membangun jika ada kesalahan.
Assalamualaikum..:)

Ahad, 9 Februari 2014





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengenali diri ini.
Pada minggu lepas saya membawa anda semua menjelajah tiga negeri yang
sangat menarik dan terasa berkobar-kobar untuk kita melihat sendiri keindahan 
tempat mereka tetapi pada minggu ini saya akan membawa lagi anda semua
ke tempat yang lebih terpesona dengan yang Maha Kuasa. tiga tempat yang 
terpilih pada minggu ini ialah negeri Pahang, Kuala Lumpur serta Sabah negeri
di bawah bayu. Pelbagai tempat-tepat yang saya akan ceritakan dan membuatkan
saya sendiri ingin pergi satu persatu dari setiap yang saya cadangkan ini. 
Mari kita terokai dengan lebih dekat lagi..:)

NEGERI PAHANG

Cameron Highland

Saya ingin memperkatakan tentang cameron highland kerana ini adalah salah 
stu tempat yang bersuhu rendah dalam Malaysia ini. cameron Highland mempunyai
kriteria menarik yang tersendiri dan semamangnya menjadi tumpuan umum
sama ada orang tempatan ataupun pelancong asing. antara tempat menarik di sana
ialah :p

1. Ladang-ladang Teh Boh

-di habu, Ringlet
-di Sg Palas, Brinchang
-di Cameron Valley, Kuala Terla
-di Cameron Valley, Tanah Rata


2. Ladang Strawberry
-Ladang Strawberry KHM, Tanah Rata

-Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry), Brinchang
-Taman Agro Tourism, Brinchang


3. Perkampungan Orang Asli
-Melihat rumah-rumah orang Asli di perkampungan orang asli


4. Central Market
-Pelbagai barangan yang menarik boleh kita perolehi di sini


5. Air Terjun Lata Iskandar

-Tempat menarik berhampiran Cameron Highlands yang kebiasaannya 
dilawati sewaktu turun dari Cameron Highland.


6. Empangan Ringlet, Empangan Sultan Haji Ahmad Shah
-Salah satu tempat paling menarik di Cameron Highlands. Ia juga adalah empangan yang
paling tinggi lokasinya di Malaysia, iaitu salah sebuah empangan yang terletak di atas
Banjaran Titiwangsa.


KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur adalah ibu kota yang semangnya menjadi tumpuan
kepada semua sama ada yang datang dari dalam negara atau luar
negara. Apabila menjadi tumpuan, maka pasti banyak tempat-tempat
yang menarik disana.

1. Menara Kuala Lumpur
-Menara Kuala Lumpur merupakan satu mercu tanda kebanggaan negara.
-Merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia.
-Dibuka pada 1996.
-Ketinggian 421 meter.


2. Taman Burung
-Ada lebih daripada 3 ribu burung dan 200 daripadanya adalah
burung tempatan.
-Taman burung tertutup terbesar di dunia sejak dibuka pada tahun 1991.


3. Aquaria KLCC
-Kita juga berpeluang
untuk melihat aksi ikan jerung dari benua Afrika Selatan time kita lalu dekat terowong akuarium
gergasi di laluan bergerak dan spesis hidupan lautan lain termasuk pari.
-Sudut gedung ilmu berteknologi elektronik pula merangkan maklumat setiap spesis hidupan.


4. Muzium Kesenia Islam
-Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur (IAMM) adalah muzium seni Islam yang terbesar di Asia
Tenggara. Terletak di Taman Tasik Perdana dan bersebelahan dengan Masjid Negara, muzium yang
terserlah keindahannya ini mempunyai lebih daripada 7 ribu artifak. Ia juga mempunyai sebuah
perpustakaan yang memuatkan buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.
-Kita berpeluang melihat sendiri hasil seni orang Islam dari sebelah Timur seperti India,
China, dan Negara Asia Tenggara, berbanding muzium Islam luar Negara yang banyak menumpukan
seni Islam dari Parsi atau Timur Tengah.


5. Taman Rama-rama
-Taman Rama-Rama Kuala Lumpur ni boleh dikira syurga yang dipenuhi dengan rahsia rama-rama
yang cukup unik, awesome dan mengujakan.
-Taman rama-rama ni adalah yang terbesar di dunia dengan keluasan lebih 80,000 kaki persegi. Landskapnya yang memang awesome dihuni lebih 5000
rama-rama, tumbuhan eksotik, paku-pakis dan tumbuhan yang menjadi rumah kepada sepsis
serangga yang cantik ini.


6. Menara Berkembar Petronas
-Menara Berkembar Petronas ni memanglah teramat menarik.
-Menara Berkembar Petronas ini adalah pusat tumpuan sehenti penduduk kota dan juga pelancong
dengan adanya pelbagai tarikan dengan ketinggian 88 tingkat.
-Terdapat juga pusat pameran dan pembelajaran iaitu Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas
dengan pelbagai persembahan klasik dan jazz bertaraf dunia.


7. Planetarium Negara
- Planetarium dibuka secara rasmi pada 7
Februari 1994 dengan matlamat penubuhannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai
angkasa dan system solar kita, selain mempamerkan kelengkapan serta peralatan kaji
bintang(astronomi).
-Reka bentuk bangunan Planetarium dengan seni bina Islam dan astronomi
membuatkan ia menyerupai masjid tetapi digabungkan dengan wajah futuristik.


8. KL City Gallery
-KL City Gallery membawa anda kembali ke masa
dahulu, kini dan masa depan Bandar raya Kuala Lumpur.
-Yang istimewanya di sini, pengunjung ada peluang
nak tengok bagaimana cenderamata yang diperbuat daripada kayu dihasilkan. Bengkel untuk
menghasilkan cenderamata juga ada disediakan kepada pengunjung.


9. Taman Botani Kuala Lumpur
-Taman Botani atau lebih dikenali sebagai Taman Tasik Perdana (Lake Garden) adalah antara taman
dalam Bandar yang cukup popular di Malaysia.
-Berkeluasan 101.12 hektar, taman ini dikelilingi
pelbagai tempat menarik seperti Memorial Tun Razak, Planetarium Negara, Muzium Negara, Taman
Rama-Rama, Tugu Negara dan Carcosa Seri Negara.
-Taman berusia 122 tahun itu melalui beberapa
proses penambahbaikan dan kini ia dipenuhi dengan pelbagai spesis bunga-bungaan, orkid, ramarama
selain mengekalkan karakter taman sedia ada.


10.  Istana Negara, Jalan Duta
-Istana Negara, Jalan Duta yang mula beroperasi secara rasminya pada 11 November 2011 adalah
satu lagi tarikan pelancongan popular tidak kira pelancong dari dalam ataupun luar Negara.
-Istana Negara yang baru ini dibina untuk menggantikan
 Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1957.
-Ia diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya
pada 11 November 2011. Binaannya merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi,
Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.


SABAH

Sabah negeri di bawah bayu adalah salah satu tempat yang paling menarik di 
Malaysia. Sabah sangat terkenal dengan mutiara dan kawasan bebas cukai di
Labuan. Negeri ini sesuai untuk kita melakukan aktiviti air kerana pantainya 
yang sangat cantik dan indah mata memandang. Selain itu, di Sabah juga
terdapat Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di 
Malaysia. Oleh itu, saya akan memperkenalkan serba sedikit tempat-tempat 
yang menarik di sana. 

1.  Kinabalu Park
-tempat yang sejuk dan nyaman.
-sesuai untuk bersantai bersama keluaga tercinta.


2. Pekan Ranau
-Pekan ini menyediakan barangan buatan tangan yang menarik.
-Pelbagai Kraftangan terdapat di sana.
-kelbihannya ialah barangan di sana sangat murah.


3. KDCA Cultural Village
-Pelbagai acara di jalankan di sana yang berkaitan budaya 
orang Sabah.
-Sabah adalah negeri yang terkenal dengan kepelbagaian etnik.
-Semua jenis etnik dikumpulkan di suatu tempat dalam perkampungan ini.



4. Muzium Sabah
-Muzium ini merakamkan pelbagai sejarah yang ada di Sabah.
-Bermula sejak pembukaannya hingga sekarang.
-Pelbagai budaya kita boleh pelajari di sana.


5. Signal Hill Observatory Platform
-Kota Kinabalu yang cantik itu kita dapat lihat dari atas bukit ini.
-Pemandangan yang menarik kita dapat nikmati semasa di atas sana.
-Banyak yang kita boleh lakukan semasa di atas sana sama ada berkelah
ataupun aktiviti ringan yang lain. 


6. State Mosque
-Masjid negeri Sabah yang tersergam indah ini
adalah satu tempat tarikan di sana.
-Masjid ini adalah rumah ibadat bagi orang islam.
-Masjid ini dibina dan dijaga dengan baik kerana masjid adalah 
tempat yang suci.


7. Pasar Kraftangan
-Kita boleh membeli mutiara di sini.
-Mutiara yang pelbagai penggunaan disediakan sebagai perhiasan bagi
kaum wanita.
-Rugi jika tidak singgah di sana apatah lagi datang 
dari semenanjung ini. 



Sekadar ini sahaja perkongsian saya pada minggu ini. Semoga ini dapat memberi 
sedikit inspirasi kepada anda semua untuk menjejakkan kaki
di negeri di bawah bayu yang indah dengan flora dan fauna.
Saya mohon maaf sekiranya ada tersilap maklumat yang saya kongsikan ini
kerana kesilapan saya sendiri dan saya akan cuba perbaikinya dari semasa ke semasa.
Selamat berjumpa lagi. 
Assalamualaikum.