Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengenali diri ini.
Pada minggu lepas saya membawa anda semua menjelajah tiga negeri yang
sangat menarik dan terasa berkobar-kobar untuk kita melihat sendiri keindahan
tempat mereka tetapi pada minggu ini saya akan membawa lagi anda semua
ke tempat yang lebih terpesona dengan yang Maha Kuasa. tiga tempat yang
terpilih pada minggu ini ialah negeri Pahang, Kuala Lumpur serta Sabah negeri
di bawah bayu. Pelbagai tempat-tepat yang saya akan ceritakan dan membuatkan
saya sendiri ingin pergi satu persatu dari setiap yang saya cadangkan ini.
Mari kita terokai dengan lebih dekat lagi..:)
NEGERI PAHANG
Cameron Highland
Saya ingin memperkatakan tentang cameron highland kerana ini adalah salah
stu tempat yang bersuhu rendah dalam Malaysia ini. cameron Highland mempunyai
kriteria menarik yang tersendiri dan semamangnya menjadi tumpuan umum
sama ada orang tempatan ataupun pelancong asing. antara tempat menarik di sana
ialah :p
1. Ladang-ladang Teh Boh
-di habu, Ringlet
-di Sg Palas, Brinchang
-di Cameron Valley, Kuala Terla
-di Cameron Valley, Tanah Rata
2. Ladang Strawberry
-Ladang Strawberry KHM, Tanah Rata
-Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry), Brinchang
-Taman Agro Tourism, Brinchang
3. Perkampungan Orang Asli
-Melihat rumah-rumah orang Asli di perkampungan orang asli
4. Central Market
-Pelbagai barangan yang menarik boleh kita perolehi di sini
5. Air Terjun Lata Iskandar
-Tempat menarik berhampiran Cameron Highlands yang kebiasaannya
dilawati sewaktu turun dari Cameron Highland.
6. Empangan Ringlet, Empangan Sultan Haji Ahmad Shah
-Salah satu tempat paling menarik di Cameron Highlands. Ia juga adalah empangan yang
paling tinggi lokasinya di Malaysia, iaitu salah sebuah empangan yang terletak di atas
Banjaran Titiwangsa.
KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur adalah ibu kota yang semangnya menjadi tumpuan
kepada semua sama ada yang datang dari dalam negara atau luar
negara. Apabila menjadi tumpuan, maka pasti banyak tempat-tempat
yang menarik disana.
1. Menara Kuala Lumpur
-Menara Kuala Lumpur merupakan satu mercu tanda kebanggaan negara.
-Merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia.
-Dibuka pada 1996.
-Ketinggian 421 meter.
2. Taman Burung
-Ada lebih daripada 3 ribu burung dan 200 daripadanya adalah
burung tempatan.
-Taman burung tertutup terbesar di dunia sejak dibuka pada tahun 1991.
3. Aquaria KLCC
-Kita juga berpeluang
untuk melihat aksi ikan jerung dari benua Afrika Selatan time kita lalu dekat terowong akuarium
gergasi di laluan bergerak dan spesis hidupan lautan lain termasuk pari.
-Sudut gedung ilmu berteknologi elektronik pula merangkan maklumat setiap spesis hidupan.
4. Muzium Kesenia Islam
-Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur (IAMM) adalah muzium seni Islam yang terbesar di Asia
Tenggara. Terletak di Taman Tasik Perdana dan bersebelahan dengan Masjid Negara, muzium yang
terserlah keindahannya ini mempunyai lebih daripada 7 ribu artifak. Ia juga mempunyai sebuah
perpustakaan yang memuatkan buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.
-Kita berpeluang melihat sendiri hasil seni orang Islam dari sebelah Timur seperti India,
China, dan Negara Asia Tenggara, berbanding muzium Islam luar Negara yang banyak menumpukan
seni Islam dari Parsi atau Timur Tengah.
5. Taman Rama-rama
-Taman Rama-Rama Kuala Lumpur ni boleh dikira syurga yang dipenuhi dengan rahsia rama-rama
yang cukup unik, awesome dan mengujakan.
-Taman rama-rama ni adalah yang terbesar di dunia dengan keluasan lebih 80,000 kaki persegi. Landskapnya yang memang awesome dihuni lebih 5000
rama-rama, tumbuhan eksotik, paku-pakis dan tumbuhan yang menjadi rumah kepada sepsis
serangga yang cantik ini.
6. Menara Berkembar Petronas
-Menara Berkembar Petronas ni memanglah teramat menarik.
-Menara Berkembar Petronas ini adalah pusat tumpuan sehenti penduduk kota dan juga pelancong
dengan adanya pelbagai tarikan dengan ketinggian 88 tingkat.
-Terdapat juga pusat pameran dan pembelajaran iaitu Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas
dengan pelbagai persembahan klasik dan jazz bertaraf dunia.
7. Planetarium Negara
- Planetarium dibuka secara rasmi pada 7
Februari 1994 dengan matlamat penubuhannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai
angkasa dan system solar kita, selain mempamerkan kelengkapan serta peralatan kaji
bintang(astronomi).
-Reka bentuk bangunan Planetarium dengan seni bina Islam dan astronomi
membuatkan ia menyerupai masjid tetapi digabungkan dengan wajah futuristik.
8. KL City Gallery
-KL City Gallery membawa anda kembali ke masa
dahulu, kini dan masa depan Bandar raya Kuala Lumpur.
-Yang istimewanya di sini, pengunjung ada peluang
nak tengok bagaimana cenderamata yang diperbuat daripada kayu dihasilkan. Bengkel untuk
menghasilkan cenderamata juga ada disediakan kepada pengunjung.
9. Taman Botani Kuala Lumpur
-Taman Botani atau lebih dikenali sebagai Taman Tasik Perdana (Lake Garden) adalah antara taman
dalam Bandar yang cukup popular di Malaysia.
-Berkeluasan 101.12 hektar, taman ini dikelilingi
pelbagai tempat menarik seperti Memorial Tun Razak, Planetarium Negara, Muzium Negara, Taman
Rama-Rama, Tugu Negara dan Carcosa Seri Negara.
-Taman berusia 122 tahun itu melalui beberapa
proses penambahbaikan dan kini ia dipenuhi dengan pelbagai spesis bunga-bungaan, orkid, ramarama
selain mengekalkan karakter taman sedia ada.
10. Istana Negara, Jalan Duta
-Istana Negara, Jalan Duta yang mula beroperasi secara rasminya pada 11 November 2011 adalah
satu lagi tarikan pelancongan popular tidak kira pelancong dari dalam ataupun luar Negara.
-Istana Negara yang baru ini dibina untuk menggantikan
Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1957.
-Ia diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya
pada 11 November 2011. Binaannya merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi,
Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
SABAH
Sabah negeri di bawah bayu adalah salah satu tempat yang paling menarik di
Malaysia. Sabah sangat terkenal dengan mutiara dan kawasan bebas cukai di
Labuan. Negeri ini sesuai untuk kita melakukan aktiviti air kerana pantainya
yang sangat cantik dan indah mata memandang. Selain itu, di Sabah juga
terdapat Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di
Malaysia. Oleh itu, saya akan memperkenalkan serba sedikit tempat-tempat
yang menarik di sana.
1. Kinabalu Park
-tempat yang sejuk dan nyaman.
-sesuai untuk bersantai bersama keluaga tercinta.
2. Pekan Ranau
-Pekan ini menyediakan barangan buatan tangan yang menarik.
-Pelbagai Kraftangan terdapat di sana.
-kelbihannya ialah barangan di sana sangat murah.
3. KDCA Cultural Village
-Pelbagai acara di jalankan di sana yang berkaitan budaya
orang Sabah.
-Sabah adalah negeri yang terkenal dengan kepelbagaian etnik.
-Semua jenis etnik dikumpulkan di suatu tempat dalam perkampungan ini.
4. Muzium Sabah
-Muzium ini merakamkan pelbagai sejarah yang ada di Sabah.
-Bermula sejak pembukaannya hingga sekarang.
-Pelbagai budaya kita boleh pelajari di sana.
5. Signal Hill Observatory Platform
-Kota Kinabalu yang cantik itu kita dapat lihat dari atas bukit ini.
-Pemandangan yang menarik kita dapat nikmati semasa di atas sana.
-Banyak yang kita boleh lakukan semasa di atas sana sama ada berkelah
ataupun aktiviti ringan yang lain.
6. State Mosque
-Masjid negeri Sabah yang tersergam indah ini
adalah satu tempat tarikan di sana.
-Masjid ini adalah rumah ibadat bagi orang islam.
-Masjid ini dibina dan dijaga dengan baik kerana masjid adalah
tempat yang suci.
7. Pasar Kraftangan
-Kita boleh membeli mutiara di sini.
-Mutiara yang pelbagai penggunaan disediakan sebagai perhiasan bagi
kaum wanita.
-Rugi jika tidak singgah di sana apatah lagi datang
dari semenanjung ini.
Sekadar ini sahaja perkongsian saya pada minggu ini. Semoga ini dapat memberi
sedikit inspirasi kepada anda semua untuk menjejakkan kaki
di negeri di bawah bayu yang indah dengan flora dan fauna.
Saya mohon maaf sekiranya ada tersilap maklumat yang saya kongsikan ini
kerana kesilapan saya sendiri dan saya akan cuba perbaikinya dari semasa ke semasa.
Selamat berjumpa lagi.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan