SERONOKNYA MELAWAT SARAWAK
Assalamualaikum..minggu ini adalah giliran ana membentang..
dalam pembentangan saya.. Sarawak adalah negeri terpilih..
saya dan rakan-rakan saya diberikan tajuk ini dan dari sini saya
nak berkongsi sedikit berkaitan negeri Sarawak dan tarikan
di sana..
1. Taman Negara Bako.
Antara taman negara yang tertua di Malaysia. Mula beroperasi pada
tahun 1957. mempunyai kawasan seluas 27 km persegi. Apa yang terdapat
di sana seperti pelbagai tumbuh-tumbuhan hutan paya, belukar dan bakau.
Selain itu terdapat pelbagai hidupan liar serta persisiran pantai yang menarik.
Antara gambaran yang ada di Taman Bako :
2. Gua Niah.
Gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. tambahan lagi, gua
ini juga adalah antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. akan tetapi, gua niah ini
merupakan taman negara yang terkecil dalam negeri sarawak. Diwartakan sebagai
Monumen Sejarah Kebangsaan pada 23 November 1974.
Antara gambaran sedikit di sana :
3. Kampung Budaya Sarawak.
Sarawak adalah negeri yang mempunyai pelbagai etnik budaya yang hidup
besama. Pelbagai perkara yang tiada di semenanjung kita boleh lihat apabila
kita menerokai keunikkan negeri Sarawak. Kita dapat lihat seolah-olah bukan berada
di Malaysia kerana kehidupan mereka yang penuh dengan kehijauan semualajadi
membuatkan negeri ini sangat istimewa. Kampung Budaya adalah suatu tempat
yang dibangunkan untuk menarik pelancong datang ke sana. Kampung ini terkumpul
pelbagai etnik yang dibawakanuntuk hidup bersama agar pelancong daapat
kenal setriap satunya.
Antara gambaran yang ada di sana ialah :
4. Kek Lapis.
Kek lapis adalah salah satu tarikan yang ada di Sarawak. Kek lapis mempunyai
pelbagai perasa yang sedap dan digemari oleh variasi etnik dan usia.
Kek lapis juga mempunyai khasiat tersendiri dan merupakan buatan
tangan.
Antara contoh kek lapis :
5. Matang Wildlife Centre.
Ini adalah sebuah tempat yang mana kita dapat melihat flora dan fauna.
Kita boleh melihat kepelbagaian spesis orang utan. Orang utan adalah
suatu binatang yang dominan di Sarawak.
Antara gambaran di sana :
Ini sahaja yang dapat saya ceritakan hasil daripada pembentangan
saya.. Semoga dapat memberi input yang berguna kepada
sahabat sekalian..Semoga bertemu lagi.. Assalamualaikum..:)













Tiada ulasan:
Catat Ulasan