Blogger Widgets

Translate

salam

salam

Rabu, 15 Januari 2014

TIPS UNTUK MENCARI ILMU


Assalamualaikum..minggu ini masih minggu pembentangan..maka dengan itu, 
saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tips mencari ilmu..
ilmu adalah perkara yang sangat penting kepada sekalian umat 
manusia..ini kerana ibadah tanpa ilmu itu sesat..kita perlu ilmu..ilmu yang kita ada
perlu untuk kita amalkan seperti pujangga arab yang maksudnya 
"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH"
oklah..ni semua orang tau..pertama ialah..


1. NIAT : niat menuntut ilmu itu selayaknya hanya kepada
sang Pencipta. Ilmu yang kita ada sekarang ini adalah daripada Allah..
layakkah kita mempunyai sifat ujub dengan ilmu yang kita ada sekarang?
bila-bila masa Allah boleh tarik ilmu tersebut.


2. MENJAGA ADAB DENGAN GURU DAN ALAT TULIS :
penting tetapi kita pandang remeh perkara ini..adab tu sangat penting..
akhlak kita sekarang ni menunjukkan kita beradab atau tidak..
walaupun dengan alat tulis..ingatlah Allah tahu apa yang kita lakukan.


3. TARGET : kita perlukan terget kita..
matlamat hidup kita kta kene capai satu persatu..lau boleh kita da
senaraikan perancangan kita dari awal..
supaya kita tak lah menyesal..


4. MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH : kita seharian 
terdedah dengan pelbagai maksiat..saya ada dengar satu usrah yang mana ada menyebut
lelaki ni lau nk brubah..jge pndgn dy dgn prempuan dlu..
smpai dy btol2 kuat..sebab maksiat ni mghapuskan pahala..
kita buat banyak mana amalan tapi hakikatnya hilang semua..renungkan bersama..


5. TAWAKAL : ini step terakhir selepas kita berusaha..
besarnya nikmat tawakal ini kerana jiwa kita
akan rasa tenang..
ape yang kita nak tu Allah akan bagi jika kita 
betul2 mohon padaNya..

sekadar sahaja perkongsian saya..sesungguhnya jari yang menaip 
ini lebih sepatutnya mengerjakan perkara tersebut..
semoga kita muhasabah diri bersama..doakan setiap antara kita..
insyaAllah segalanya berjalan lancar..
permulaan ni..niat kan belajar kita ya.. amin..
Assalamualaikum..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan