Alhamdulillah sudah minggu ke 2 kelas PAK berjalan.
Apa yang saya dapat ialah berkenaan TEKNOLOGI MALUMAT.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT merupakan teknologi yang diperlukan untuk memprose data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek secara tepat dan mudah. Penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat ada 3 iaitu :
- Teknologi
- Organisasi
- Pengguna
Banyak juga perkakasan komputer antaranya seperti :
Ada juga ttg perisian komputer antaranya ialah microsoft office, microsoft windows, aplikasi seperti publisher, photoscape dan mcm2 lg..ternyata teknologi maklumat sekarang amat canggih dan kita sebagai insan perlu canggih seperti ini.
Saya ada juga dengar pensyarah ada menyebutkan ttg primer dan sekunder..
Primer bermaksud simpanan utama manakala sekunder ialah simpanan kedua seperti pendrive dan hard disk..
Seterusnya tugasan baru yang saya dapat ialah penggunaan microsoft word.Nantikan majalah yang diciplak oleh kumpulan JDT..hehe
k..itu je minggu nie..semoga sama2 kita gunakan teknologi maklumat yang kian membangun ini sebaik mungkin dan tidak disalah gunakan...semoga kita sama2 mendapat rahmat Allah...
Assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan